| SHIMI |

Saya?


"A man who seeking eternal peace and serene heart. Life and death are for Supreme Creator"
Dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.
DIA-lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan 

Salam sejahtera ke atas kamu, saya SHIMI


Prolog :

Hidup dan usia kita di dunia terlalu singkat jika dibandingkan dengan usia serta sejarah dunia. Dengan usia yang dianugerahi oleh-Nya itu, tidak mungkin kita dapat jelajahi setiap inci tanah dan lautan yang ada di dunia ini. Itulah hakikat kemahuan hidup yang tiada penghujungnya di dalam dunia yang telah dijanjikan sementara untuk kita. Kehidupan yang abadi dan kekal adalah disana yang dapat kita nikmati sepuas-puasnya dengan kasih sayang, restu dan lembayung Ilahi. Hidup di dunia ini adalah umpama ladang kita untuk tuai sebagai bekal akhirat.

Suka dan duka, pahit dan manis, susah dan senang, menjadikan kita lebih matang sebagai insan yang diberi peluang bernafas sehingga hari ini di atas muka bumi milik-Nya. Adakalanya ia jadi terlalu sukar untuk kita hadapinya, dan dengan mudahnya kita melupakan segala kesenangan dan nikmat yang pernah dikecapi. Renungkanlah kata-kata hukama ini,
Tatkala dirimu tidak dapat melihat masa depan kerana masa depanmu itu masih gelap; dan dirimu tidak pula dapat menoleh kepada masamu yang di belakang kerana semuanya peristiwa yang pahit dan getir; maka cubalah angkat kepalamu ke atas; nescaya dirimu akan beroleh istirehat dan ketenangan.


Mengenai Saya :

Saya seorang lelaki yang dilahirkan pada 19hb Disember dan dalam katogeri usia 4 series. Telah berkahwin dan punya 2 putera dan 3 puteri. Anak kelahiran Melaka yang telah diberi peluang oleh Dia untuk merantau serata dunia dan kini mencari rezeki di Kuala Lumpur. 

Saya tidak dilahirkan genius, tidak juga bodoh, naif dan moron. Saya orang yang biasa-biasa sahaja yang serius berbuat sesuatu dan tidak suka diguli-gulikan. Tumpang bermain atas padang permainan dunia. Hidup hanya sekali, tak bererti saya boleh lupa diri. Saya tidak semestinya sama seperti kamu dan kamu juga yang tidak perlu mahu jadi seperti saya. Sekadar berkongsi rasa yang tidak perlu kamu kongsi laranya…


Mengenai Laman dan SHIMI :


SHIMI lahir dari singkatan Sesungguhnya Hidup Ini Memang Indah.


Telah mula berjinak-jinak dengan dunia blogging semenjak tahun 2003 dengan pelbagai platform secara on-off. (ketika itu guna Easyjournal, dan saya amat kagumi cerita-cerita blog Bluehikari , Fajar dan bercita-cita mahu tersenarai dalam blog pilihan Geng Jurnal). Berpindah ke selfhosted pada tahun 2009 dan menutup blog tersebut atas sebab-sebab yang tidak munasabah. Usia dan tuntutan kerja menjadikan keseriusan saya dalam berblogging semakin kurang. Sekadar memenuhkan ruang waktu dan berkongsi luahan rasa. Ingin berkongsi suka duka hidup di dunia dengan seadanya.

Menonong jika dirujuk kepada Kamus Dewan bermaksud, ternonong-nonong ber­jalan dengan pantas tanpa memandang kiri kanan lagi. Patah perkataan yang digunakan secara meluas di Negeri Sembilan dan beberapa negeri berjiran. Blog Jangan Menonong (JM) membawa misi sebagai peringatan kepada diri agar tidak melulu dalam mengharungi perjalanan kehidupan ini serta berkongsi cerita itu dengan insan lain yang sudi membacanya (macamlah popular sangat dan banyak pengikut blog). Idea untuk mewujudkan blog JM ini setelah 'gatal tangan' untuk menulis dan mencurahkan pengalaman pandangan mata dan perasaan.

Saya menulis dan mencoret di blog ini melalui kata hati. Kita sering menemukan cerita-cerita yang berkisarkan tentang kisah hidup, adakalanya ia patut dikongsikan sebagai teladan dan sempadan kepada orang lain. Saya suka berkisah tentang hati, jiwa, perasaan, kehidupan dan ketuhanan. Ia cerita yang terlalu biasa dalam kehidupan tetapi adakalanya ianya sering diabaikan sebagai keperluan yang utama dalam hidup. Keindahan hidup tidak semesti dengan apa yang ada pada zahirnya tetapi apa yang diisi bagi keperluan batin diri juga lebih menyerlahkan kita dimata makhluk dan Tuhan Maha Pencipta.

Jika apa yang ada disini memberi kebaikan, maka jadikanlah teladan. Sebaliknya jika buruk hasilnya, jadikanlah sempadan. Terlanjur kata, tersalah bicara, saya menghulur jari memohon kemaafan atas kekhilafan dan keterlanjuran. Anggaplah saya ini manusia yang lemah dan sering melakukan kesilapan.

Don’t walk in front of me, I may not follow.
Don’t walk behind me, I may not lead.
Just walk beside me and be my friend



Pesanan :
“If you met somebody and really love her very badly, you’ve got set her free. If she came back along with happiness (as Godsend) to you, no doubt she’s yours forever. If she doesn’t, your destiny never let her be yours to begin with. That’s why love doesn’t end up by a marriage and the marriage isn’t the scent of love ending; but its beginning of the eternal true love passion. That’s the thing make acquintance, love and marriage so special and inscrutable to human being as a gift from Allah The Most Omniscient…”


SHIMI : Mintalah pada DIA



SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~


.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...