Ahad, 29 April 2012

Fear and trust in ALLAH





Suasana jadi kacau bilau dan kelam kabut.
Dari diam menjadi kecoh
Dari berani menjadi penakut....

Diam tak bersuara dan tidak membalas
Adakah itu lebih baik dari melawan
Dalam hati lain yang panas dan membara
Diam adalah jalan yang terbaik untuk membela diri

Sujud dan memohon pada-Nya
Diberi keberanian dari perasaan yang takut dan bersalah
Diberi keampunan dari segala dosa
Diberi hidayah pedoman dan kekuatan
Pada-Nya aku dan dia berserah


Al-Fatihah

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. 

Amin



Berfikir dan bertindak mengikut lunas akal dan bukan perasaan.
Memohon kemaafan dan memaafkan adalah satu kemuliaan.
Cuma kerelaan dan keikhlasannya yang boleh dipertikaikan...

Aku cuba terus diam. Tidak menjawab panggilan yang berkali-kali itu selama berhari-hari itu
Aku faham perasaannya dan aku juga serahkan pada-Nya....




.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...