Khamis, 25 Oktober 2012

Menilai erti syukur





























imej kredit iluvislam




Pernah aku dengar ayat-ayat ini,

miskin minta untuk jadi kaya
yang sederhana mula menjadi riak
si kaya terus lupa dan berpoya-poya


Aku dan kamu pasti tidak mahu jadi seorang yang riak dan lupa diri. Semua pasti mahu jadi berjiwa hamba dan tawadhuk. Pelaksanaan tidak semudah niat yang murni.....

Nikmat yang sebenar itu jauh lebih besar dari apa yang ada di dunia ini. Jangan dirungutkan sedikit musibah yang melanda, cepat atau lambat segala rintihan kita di dengar bukanlah tugas kita mempertikaikan-Nya. Sabar dan tawakal adalah intipati yang paling utama.

Yakinlah bahawa tidaklah dijadikan sesuatu selain memberi kebaikan pada kita.
Mohonlah, merintihlah pada DIA, kerana sifat-Nya Yang Maha Pemberi, Yang Maha Mendengar.

Mohonlah dan merintihlah pada DIA,
Kerana kita semua milik-Nya dan hamba-Nya


.
.
.

Moga hati ini terus tahu menilai akan erti syukur.....



II.

Sambil melayan hati pada lewat malam sebegini,
aku menghayati irama pemusik ini,
menikmatinya sambil memejamkan mata......










.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...