Ada masa kepayahan diri sukar difahami
sukar untuk diterjemahkan
terlalu terselindung dalam sanubari....
Senyum dan suka tidak menggambarkan hati gembira
Masam dan serius tidak menggambarkan jiwa berkecamuk
Sedang diri sendiri pun sukar untuk difahami
Apatah lagi untuk memahami orang lain
Maka diri harus berbalik kepada panduan DIA
[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Tafsir Surah Al-Insyirah (94)