Monday, December 31, 2012

Dicelah-Celah Kehidupan





Dua Ribu Dua Belas .
Semakin dekat untuk meninggalkan kita.
Sejenak, renungkan kembali setiap saat yang ditinggalkan disepanjang perjalanan itu.
Suka.
Gembira.
Duka.
Jerih.
Rahmat.
Susah.
Senang.
Perih.
Laba.
Rugi.

Apa yang kita capai, apa yang gagal.
Berapa banyak yang kita syukuri, berapa banyak yang kita insafi.
Setiap sesuatu itu pasti ada hikmah dari Dia Yang Maha Mengetahui.



Dua Ribu Tiga Belas.
Semakin dekat menghampiri.
Sama ada kita mengejarnya atau saatnya juga akan pergi jauh meninggalkan kita.
Kosong tanpa ada apa pengisian.
Banyak azam dan tekad yang telah terucap dan tercatat.
Capailah segala yang kamu impikan,
Gapailah apa yang kamu inginkan.
Usaha itu adalah syariat kehidupan.
Namun segalanya di bawah ketentuan Dia
segalanya seperti yang tercatat di Loh Mahfuz.



Aku.
Mahu jadi seorang insan yang lebih baik, lebih tawadhuk, lebih bersyukur,
Berusaha untuk membina landasan lebih berjaya
Kerana aku tahu tahun-tahun yang mendatang tentu lebih sukar.

Semoga aku dipermudahkan.....




~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~
~ Goods come from Allah, the worse from my own weakness ~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...