| SHIMI |

Memaparkan catatan dengan label Seruan Suci Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seruan Suci Ramadhan. Papar semua catatan

Khamis, 4 Julai 2013

Peperiksaan Kehidupan Akhirat


Bergelumang dengan buku-buku untuk menghadapi peperiksaan dan penyediaan kertas kajian akademik membuatkan aku berfikir lebih jauh. Tentang peperiksaan yang lebih besar dalam kehidupan menuju alam yang abadi. Peperiksaan menuju akhirat yang gred pemarkahannya akan akan diberi pada Hari Pembalasan kelak. Tempoh peluang pembelajaran dan pengajaran yang agak panjang sepanjang peluang bernafas, ia cuma bagi mereka yang memahami tujuan kehidupan ini.

Ramadhan kembali lagi sebagai satu peperiksaan besar dalam kehidupan. Ia menguji diri tentang kesabaran, ketakwaan dan pengertian erti syukur dalam kehidupan. Bulan Ramadhan yang penuh keampunan serta rahmat-Nya yang sepatutnya menjadi peluang terbaik untuk kita 'score' markah penuh. Ia tidak hanya keperluan untuk mengetahui bila waktu berbuka, bersahur dan imsak semata-mata atau bazar dimana yang menjual menu juadah yang mengiurkan. Ramadhan itu sepatutnya lebih dari apa yang kamu fikirkan dari sudut keperluan dunia sahaja. Carilah, rebutlah semua peluang amal kebaikan yang ada dan tinggalkanlah semua keburukan yang didampingi.



Dalil Ibadah Puasa



Hasil pembelajaran dan pengajaran Ramadhan ini akan kamu bawa sebagai akhlak kehidupan ke bulan-bulan berikutnya dalam tahun kehidupan sehingga Ramadhan seterusnya jika masih berkesempatan lagi. Disitulah kamu akan dapat menilai yang Ramadhan yang telah kamu lalui itu memberi impak pada jalan hidup yang kamu inginkan sama ada dunia atau akhiratmu.

Aku juga seorang yang jahil dan sentiasa berdosa. Jahil bukan alasan untuk kamu merasa sangat hina untuk mencari kebenaran dan kembali ke jalan-Nya. Ramadhan bukan hanya eksklusif pada insan yang alim tetapi semua golongan yang sedar akan tanggungjawabnya kepada Maha Pencipta. Untung nasibmu tidak terletak di tangan-tangan manusia tetapi kepada kekuasaan dan belas Allah al-Khaliq. Ehsan dan ikhlas dari diri kamu selagi mana kamu mempunyai azam dan tekad yang murni.


Ya Allah!
Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik untuk diri kita dari Ramadhan yang sebelumnya.
Semoga Ramadhan ini menjadikan kita sebagai insan yang berpuasa sebenar-benarnya dan menjadi insan yang luar biasa....



SHIMI
~ Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan ~
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...