Prolog
"Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab."
Itu tulisan Ibnu Qayyim Al-Jawziyah dalam Raudhatul Muhibbin (Taman Orang Jatuh Cinta).
Manusia diciptakan memiliki hati dan berperasaan untuk dicinta dan mencintai.
Cinta tidak tertakluk kepada insan semata-mata, pada dunia, pada harta benda.....
Semua itu berbalik kepada hati sebab kamu cinta dan mencintai..
Sebabnya cinta itu?
Kerana rupa paras?
Kerana nafsu?
Kerana kedudukan dan harta?
Kerana hatinya?
Kerana agamanya?
Kerana apa sekalipun yang diniatkan...
Jawapan jujurnya ada pada hati kamu sendiri
Sejujurnya pengakuan antara kamu dan Tuhan kamu
Seperti sabda Rasulullah S.A.W,
"Tiap sesuatu itu bermula dengan niat.. "
Setelah jawapan itu kamu ketemukan,
Berbaliklah semula kepada hati
Apakah cinta itu harus terus kamu dukungi dan dambakan?
Atau harus lepaskan ia pergi....
Epilog
Ibnu Qayyim Al-Jawziyah juga menyatakan,
Cinta kepada Allah itulah paling Agung.
Ia adalah milik kita selamanya, tiada awalan, tiada akhirannya.
Dengan cinta hakiki itu jiwa kamu pasti lebih tenang.
Selamanya, sekuat-kuatnya dan sepenuh hati...
.