A.
i.
Jangan berharap terlalu tinggi, nanti jatuhnya sakit
Sampai bilapun, emas takkan setara dengan loyang
Dan sutera tak sebangsa dengan benang
ii.
Ingatlah ketika engkau tak punya siapa-siapa selain Allah, Allah itu lebih dari cukup.
Kita tidak pernah sendirian, kita punya Allah...
iii.
Untuk melewati badai, kita harus terus berjalan dan
bukan berhenti.
Dan untuk terus berjalan hanya ada 2 hal yang harus kita
bawa,
Keyakinan dan Cinta
iv.
Ya Rabbi Ya Tuhanku... Engkau Yang Maha Tahu Ya
Allah. Engkau yang telah memilihkan jalan mana yang harus ku tempuh.
Engkau tak pernah membiarkan diriku sendirian menempuh. Kau juga yang
telah menanamkan cinta dalam jiwa ini. Kau selalu menjaga cinta ini
sebagaimana kau menjaga jiwa ini. Tak ada seutas talipun tempat aku
bergantung selain tali-Mu ya Allah. Tak ada satu pun pintu akan ku ketuk
selain pintu-Mu. Ya Rabbi ya Tuhanku yang Maha Pengasih dan Penyayang,
di bawah lindungan Kaabah, aku serahkan cinta dan jiwa ini kembali
kepada-Mu.
B.
i.
Di mana jua pun di atas
dunia ini, asal ditempati oleh manusia, kita akan bertemu dengan yang
tinggi dan yang rendah, kita akan bertemu dengan kekayaan dan
kemiskinan, kesukaan dan kedukaan, tertawa dan ratap tangis.
ii.
Cinta itu adalah jiwa; antara cinta
yang sejati dengan jiwa tak dapat dipisahkan, cinta pun merdeka
sebagaimana hamba. Ia tidak memperbezakan di antara darjat dan bangsa,
di antara kaya dan miskin, mulia dan papa.
iii.
Takut akan kena cinta, itulah dua sifat
dari cinta; cinta itulah yang telah merupakan dirinya menjadi suatu
ketakutan, cinta itu kerap kali berupa putus harapan, takut cemburu,
hiba hati dan kadang-kadang berani.
iv.
… cinta itu kadang-kadang hanya menurutkan perintah hati, bukan menurutkan pendapat otak.
v.
… cinta itu ‘adil’ sifatnya, Allah
telah mentakdirkan dia dalam keadilan, tidak memperbeza-beza di antara
raja-raja dengan orang minta-minta, tiada menyisihkan orang kaya dengan
orang miskin, orang hina dengan orang mulia, bahkan kadang-kadang tiada
juga berbeza baginya antara bangsa dengan bangsa.
vi.
Kerana cinta yang dibalas itulah ubat
yang paling mujarab bagi seorang anak muda dalam hidupnya, takkan lebih
pintanya daripada itu.
vii.
Dua kejadian yang hebat telah membayang
dalam kehidupan saya sehari itu, tak ubahnya dengan seorang yang
bermimpi mendapat sebutir mutiara di tepi lautan besar, sebelum mutiara
itu dapat dibawa pulang, tiba-tiba sudah tersedar; meskipun mata dipaksa
tidur kembali, yang tadi telah tinggal mimpi, ia telah tamat sehingga
itu, tidak ada sambungannya lagi.
viii.
… nikmat hati hanya lalu sebagai
khayalan belaka. Setelah melayap laksana satu bayangan, ia pun hilang
dan tidak akan kembali lagi.
x.
Tidaklah adil jika semua makhluk
dijadikan dalam tertawa, yang akan mengangiskan mesti ada pula. Kita
mesti mengukur perjalanan alam dengan ukuran yang luas, bukan dengan
nasib sendiri.”
xi.
Memang, mula-mula hati itu mesti
bergoncang; bukankah lonceng-lonceng di rumah juga berbunyi keras dan
berdengung jika kena pukul? Tetapi akhirnya, dari sedikit ke sedikit,
dengung itu akan berhenti jua.
xii.
… air mata tiadalah ia memilih tempat
untuk jatuh, tidak pula memilih waktu untuk turun. Air mata adalah
kepunyaan yang berserikat, dipunyai oleh orang melarat yang tinggal di
dangau-dangau yang buruk, oleh tukang sabit rumput yang masuk ke padang
yang luas dan ke tebing yang curam, dan juga oleh penghuni gedung-gedung
yang permai dan istana-istana yang indah.
xiii.
Maka di antara awan yang gelap-gelita
dan angin badai yang berhembus semenjak pertengahan malam, tiba-tiba
cahaya fajar pun naiklah. Itulah fajar kenang-kenangan dan pengharapan,
daripada cinta dan rindu dendam.
xiv.
… cinta itu adalah perasaan yang mesti
ada pada tiap-tiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun
dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lain
menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus tumbuhlah oleh kerana
embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah seorang dan lain-lain
perangai yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah subur, di sana
akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi,
dan lain-lain perangan yang terpuji.
xv.
Hati orang yang bercinta mempunyai mata, ia dapat melihat barang yang tak dilihat oleh orang lain.
xvi.
Untung bahagia sejati ialah jika tahu, bahawa kita bukan hidup terbuang di dalam dunia, tetapi ada orang yang mencintai kita.
xvii.
Sekarang barulah saya tahu bahawa diri
saya ada harganya buat hidup, sebab ada orang yang mencintai saya, iaitu
orang yang saya cintai!
xviii.
Belumlah besar kegembiraan seorang
budak jika ia diajak tersenyum oleh penghulunya; belumlah besar sukacita
seorang pelayan istana jika ia dianugerahi sebentuk cincin oleh
rajanya. Surat tanda cinta dari seorang perempuan, perempuan yang
mula-mula dikenal dalam kehidupan seorang muda, adalah lebih berharga
daripada senyuman seorang penghulu kepada budaknya, lebih mulia daripada
sebentuk cincin yang dianugerahkan raja kepada pelayannya. Satu hati
lebih mahal daripada senyuman, satu jiwa lebih berharga daripada
sebentuk cincin.”
Hamka : Dibawah Lindungan Kaabah
Pendamkan saja rasa yang bersarang. Telan saja pahit yang mengelatkan hatimu
.