Khamis, 3 Januari 2013

Our hope for you, my children....


Hari pertama persekolahan.
Memerhatikan langkah pertama anak-anak yang menuju masuk ke sekolah..
Bersama langkah itu ada harapan besar ibu dan ayah.
Ingin melihat mereka berjaya dan jadi insan berguna.

Tidak mudah menjadi ibu dan ayah, pada kita letaknya tanggungjawab untuk mencorakkan mereka.
Pada kita letaknya tanggungjawab untuk memberi kasih sayang dan perlindungan serta rasa selamat.
Pada kita juga letaknya harapan tinggi dan kebergantungan mereka....

School Days
Kredit imej : Flickr Fispace


Hari ini juga ada sedikit kejutan walaupun tidak meletakkan harapan yang tinggi pada asalnya.
Anak yang sulong mendapat keputusan yang agak baik dalam Peperiksaan UPKK. - 6A 1B 1C
Syukur yang pertama harus dipanjatkan kepada Ilahi.
DIA yang mengurniakan segala nikmat dan mengabulkan segala doa hamba-Nya.


Moga Farhan menjadi anak yang baik dan sentiasa cemerlang dalam hidupnya.
Ibu dan ayah sentiasa mendoakan, membantu dan menyokong mu......



Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
Surah Ali-Imran : 38



Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Surah As-Syura : 19


Percaya dan yakinlah sentiasa,
ketika kamu seperti tidak punya sebarang harapan lagi,
Maka Allah adalah tempat yang paling baik untuk kamu mengadu dan bergantung.
Selalu, setiap masa dan selamanya....


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...