| SHIMI |

Memaparkan catatan dengan label Mengapa Saya Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mengapa Saya Islam. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Disember 2012

I'm Muslim (it's my faith not my name)






Saya seorang Islam dan saya bangga dilahirkan sebagai seorang Islam. Islam tidak menjadikan saya sebagai seorang yang mundur, seorang yang tidak berpengetahuan, kolot, pesimis dan miskin. Islam adalah pegangan yang suci, satu cara hidup yang sebenar, mengajar seseorang insan menjadi optimis dan melengkapi keperluan sebenar kehidupan sebagai seorang manusia.

Islam bukan hanya pada sekadar nama. Ia datang dengan tanggungjawab yang akan dipertanggungjawabkan kelak. Islam tidak meninggalkan dunia dan tidak juga mengabaikan akhirat. Ia seiring, sehaluan dalam mempergunakan dunia untuk akhirat.

Islam tidak mengajar kita untuk menghina tetapi tidak juga membiarkan dihina. Segala secara berpada-pada, bersederhana dan penuh dengan hikmah. 

Ambillah sesaat dari masa kita untuk merenungkannya. 
Adakah kita sudah menunaikan segala tanggungjawab kita sebagai orang Islam?

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan."
Al Haj : 77-78

"Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam"
Maksud Doa Iftitah

Ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
Walau bagaimana hinanya dosa kita dimata manusia, tetapi kepada Allah kita memohon agar Dia memberi pengampunan sebenar-sebenarnya dan Ikhlas dari dalam hati. Kita masih punya masa untuk kembali ke jalan-Nya yang benar.

Sesungguhnya saya seorang Islam. Hidup dan mati saya adalah sebagai Islam.

. . . . . . . . . . . . . . . .
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~
~ Goods come from Allah, the worse from my own weakness ~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...