Menikmati yang sesuatu aku jarang nikmatinya dulu,
Rasa jasmani dan rohani yang tenang dan lapang
Walaupun tidak lagi dengan berlari pantas mengecapi dunia seperti dahulu
Hanya merangkak mencari cinta dari Maha Pencipta
Sibuk yang dahulu yang adakalanya tanpa haluan
Walaupun menjalankan satu tugas fardhu dan suci
Tetapi jiwa itu tidak seiring
Di sebuah persimpangan, kita pasti memilih untuk meneruskan perjalanan
Walaupun kita tahu apa yang ada di penghujung persimpangan pilihan itu.
Buruk atau baik!
Itulah pilihannya.
Jika kita masih punya masa untuk memilih
Fikirkanlah sesuatu yang terbaik
Imbangan antara keperluan jasmani dan rohani
Antara hati dan akal
Antara dunia dan akhiratmu
Antara yang kekal atau bersifat sementara
Antara
nafsi-nafsi atau
mujahadah
Aku tidak mahu rasa keseorangan lagi
Aku tidak mahu rasa kesunyian lagi
Aku sudah rasa cukup tenang dan bahagia begini
Aku telah memilih...
Cuma kekalahan dalam hidup bukan lagi jadi satu pilihan
Menang dalam mengejar kehidupan,
tidak bermakna kamu juga menang apabila dikejar kematian...
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~