| SHIMI |

Memaparkan catatan dengan label Mencari Redha Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mencari Redha Allah. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Julai 2013

Tarbiyah Ramadhan : Antara Siyam dan Qiyam


Ramadhan datang lagi untuk sekian kalinya dalam hidup ini. Ramadhan kali ke-26 semenjak usia mencapai akhil baligh. Ramadhan yang penuh kesyukuran dan kerahmatan dari Allah...



Minority Islamic Teaching Class



Dengan usia yang diberikan oleh Allah, aku berkesempatan menempuh suasana Ramadhan di pelbagai negara di atas muka bumi Allah ini. Pengalaman waktu berpuasa yang panjang, berada dikelompok minoriti, kesukaran mencari sumber makanan yang halal dan memahami erti kelaparan menjadi nostalgia ibadah Ramadhan dalam hidup ini. Semua itu banyak menyajikan suasana Ramadhan yang berlainan tetapi kebanyakannya mempunyai sumber dan limpahan makanan yang mewah.

Namum peluang berada di bumi Afrika yang mana masyarakat Islamnya adalah minoriti dan masyarakat umumnya dibelenggu kemiskinan dan kelaparan membuatkan persepsi Ramadhan aku berubah. Aku belajar memahami maksud menahan lapar dan pengertian kelaparan di sebalik kemewahan makanan berbuka yang pernah aku rasai.

Aku mengerti betapa nikmatnya dapat berbuka dengan sebiji kurma atau dengan segelas teh manis dikala berada dikalangan masyarakat yang dapat menjamah sekeping roti dalam sehari merupakan satu perkara yang mewah dan amat bertuah. Menelusuri saudara sesama Islam yang jauh dihimpit kemiskinan dan kisah yang penuh duka, berpeluang menjamah nasi dalam sehari merupakan nikmat yang tidak terhingga dalam hidup. Apatah lagi untuk merasa lauk yang lebih mewah seperti ayam atau daging, itu pun sekiranya ada dermawan yang sudi mengorbankan kambing untuk santapan setahun sekali berpeluang merasainya. Menitis air mata mendengar kisah dan melihat kehidupan mereka. 

Keperitan hidup tidak meleraikan taqwa dari jiwa mereka, Siyam (puasa) dan Qiyam (ibadah fardhu dan sunat) tetap ditunaikan. Walaupun hakikatnya, di bulan biasa sekalipun mereka berada di dalam keadaan lapar. Betapa kerdilnya iman dalam diri ini jika dibandingkan mereka yang menempuh pelbagai halangan.

Ramadhan selepas pengalaman itu hinggalah ke kali ini, aku tetap mengenang kisah mereka dan menginsafinya. Tiada lagi makan-makan yang mewah, hanya cukup sekadar juadah yang biasa-biasa seperti hari biasa (walaupun bagi mereka apa yang aku nikmati ini sungguh luar biasa nikmatnya).

Ramadhan bukan bererti bulan menikmati segala macam nikmat bagi memenuhi nafsu berbuka. Ia sepatutnya menginsafi mereka yang menjalani kehidupan dengan kelaparan dan hanya merasai nikmat makanan dengan peluang paling minima. Semoga Allah terus memelihara jiwaku ini serta jiwa keturunanku agar terus menginsafi hakikat dan pengertian Ramadhan. 

Ya Allah! Jadikanlah nafsu diriku yang ada untuk berlumba-lumba atau meluap-luap bagi mengejar dan menjamah janji-janji Mu di atas keberkatan dan kerahmatan yang Di-Kau turunkan disepanjang Ramadhan. Nafsu untuk beribadah dan nafsu untuk mengejar keberkatan-Mu.

Jadikanlah Ramadhan ini untuk mendidik jiwa bukan memupuk nafsu sia-sia sebagaimana perintah-Nya,

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Al-Baqarah : 183

Ya Allah! aku mahu jadi insan yang lebih baik dari sebelumnya dan Ramadhan kali ini menjadi permulaan yang baik untuk Ramadhan seterusnya....



SHIMI
~ Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan ~
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Rabu, 3 Julai 2013

WWJM : Solat Itu Tiang Agama


Peringatan Keutamaan Solat




~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~


Isnin, 1 Julai 2013

Ampunkanlah aku, dalam hidup mencari syurga-Mu


Sightseeing

Hidup kita terlalu banyak dilingkar dosa, jauh terjerumus ke dalam lembahnya dan terlalu sayup untuk melihat cahaya kebaikan yang ada di dalam diri. Berapa banyak air mata penyesalan yang pernah menitis, namun ia tidak mudah melupakan bayang ingatan lingkar-lingkar noda itu.

Maksum membawa makna kemampuan menjauhi perbuatan maksiat sedang dia mampu melakukannya. Tidak maksum bukanlah alasan terbaik sebagai seorang hamba-Nya untuk menjalani kehidupan dan  menzalimi pada dirinya sendiri. Terlalu lemah untuk sekadar menyerah padahal kita mampu untuk mengatasinya dengan kekuatan diri dari anugerah akal fikiran-Nya.

Hidup mencari syurga, namun hasilnya mengendong dosa. Kita tidak pernah terlewat kerana DIA sentiasa terbuka untuk menerima pengaduan dan pengakuan kita pada bila-bila ketika. Sedar bukan hanya ketika gundah gulana dan susah, kerana ketika senang dan gembira kita juga harus celik melihat Zat-Nya Yang Maha Agung....

 Ya Rabb, aku ini insan yang lemah maka ampunilah segala dosa-dosaku...


Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepada-Mu
Ku angkat tanganku
Ku lafazkan lidahku
Menyebut nama-Mu Tuhan

Tuhan lihatlah aku
Ku berserah kepada-Mu
Ku letakkan keningku bersujud pada-Mu
Ampuni dosa-dosaku

Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat dengan-Mu
Tuhanku siapkan duniaku
Untuk nanti tiba akhiratku

Berapa nikmat yang telah Kau beri
Berapa yang telah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku pada-Mu
Aku malu aku malu….

Wali Band - Tuhan




~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Ahad, 24 Februari 2013

Di Bawah Langit Maghfirah-Mu


Muammar Ghadafi Mosque Uganda from Rooftop

Menghadap laptop ini setelah sekian lama, kunjungan ke blog ini yang selalu ada halangan.
Menerawang, merenung janji-janji Ilahi yang harus dipenuhi dalam hidup ini... 
Adakalanya ia dikaburi dengan tentang harapan keindahan, magis,atau kuasa. 
Mempercayai hasil daripada membuka hati untuk memaafkan dan ingin dimaafkan itu harus berterusan sebagai satu cara janji kepada Ilahi boleh direalisasikan. Antara laluan menuju redha Ilahi.
Kerana iman biasa tumbuh dengan mendengar...

Di bawah langit maghfirah-Mu, banyak daratan yang telah ditempuhi.
Banyak tugasan dan cabaran yang telah diharungi.
Alpa dan lupa seorang manusia tidak terkecuali.
Dalam baki-baki usia yang tidak diketahui tarikh luputnya.
Tiada yang lebih utama dari mendapat hidayah dan pengampunan dari-Nya.





~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~


Sabtu, 16 Februari 2013

Jujur dan Benar


Bignoniacae


Antara hati dan mulut yang berbicara, manakah yang lebih benar dan jujur.
Kena pada tempat dan masanya, kedua-duanya mungkin benar dan jujur.
Jujur dan benar pada tafsiran kamu, mungkin tidak pada insan lain.
Mungkin juga tidak pada redha-Nya.

Madah ini bukan untuk sesiapa
hanya sesuatu yang jujurdan benar dariku.



~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~


Selasa, 8 Januari 2013

Ke-ce-wa


Ubat Bunga Bakawali


Kecewa....
Setiap dari kita pasti pernah mengalaminya.
Aku juga mengalaminya pada hari ini atau pada hari-hari lain dalam kehidupan.
Tidak semua yang diharap akan menjadi realiti atau memenuhi kehendak hati.
Kita hanya merancang, hanya Allah yang layak menentukan.
Redha...

Sedih, kita pasti dilanda kesedihan.
Putus asa pasti akan menjadi main perasaan.
Adakalanya, yang terbaik pada pandangan kita tidak semestinya memberi manfaat terbaik untuk diri.
Diluar pengetahuan kita, perancangan Allah lah yang terbaik dan paling sesuai untuk kita.

Dalam kecewa yang berlaku sesekali dalam hidup,
Kita lupa yang kita telah menikmati lebih rasa gembira sepanjang hidup.


Pelangi


"Adakalanya Allah hilangkan matahari (kesenangan) lalu memberi hujan (kepayahan), kita tertanya-tanya (dengan kecewa) mengapa Allah turunkan hujan, rupa-rupanya Allah nak beri kita pelangi (kebahagiaan) di penghujung hujan untuk menguji dan melihat hamba Allah yang mana masih bersama Allah"
Kredit kata-kata disini

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...