| SHIMI |

Jumaat, 28 Jun 2013

Islam, Iman dan Ehsan


Masjid Selat, Melaka



Daripada Saiyidina Umar R.A. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis riwayat lmam Muslim


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Khamis, 27 Jun 2013

Aku suka menangis (kamu juga tidak perlu malu untuk menangis)...



Menangis bukan bermakna kamu lemah
Menangis bukan bermakna kamu telah menyerah kalah
Menangis bukan bermakna kamu hilang arah
Menangis bukan bermakna kamu ingin belas kasihan
Menangis bukan bermakna kamu derita


Crying Man
Kredit imej : Flickr Mr. Moog


Menangislah, jika ia bisa menenangkan jiwa
Menangislah, jika ia bisa melembutkan hati kerasmu
Menangislah, jika ia bisa melegakan perasaan
Menangislah, jika ia bisa menghilangkan rasa sedih
Menangislah, jika ia bisa menginsafkan diri


Menangis bukan milik si miskin kerana kemiskinannya, si kaya juga menangis di atas kekayaannya.
Tabah atau lemah bukan pengukur kenapa kamu menangis. Air mata tidak menjatuhkan kehebatan kamu.
Menangislah ketika kamu perlu menangis dan kepada siapa tujuan tangisanmu itu.


Dengan menangis aku dapat lebih memahami sesuatu dan semoga dari tangisan itu aku mendapat kebaikan dan bangkit untuk kejayaan serta kemenangan kehidupan. Tidak hanya satu tangisan yang sia-sia.....



Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.
Surah At-Taubah : 82

Dan aku selalu pasti menangis bila mendengar lagu ini...





~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Rabu, 26 Jun 2013

WWJM : Haze, recommended attire?




~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...