| SHIMI |

Memaparkan catatan dengan label Petikan Hadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petikan Hadis. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Julai 2013

Teaching of Islam




Islam
Kredit imej : cloudfable.com


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Umar ibn al-Khatthab beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan. 
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim





SHIMI
~ Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan ~
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Jumaat, 28 Jun 2013

Islam, Iman dan Ehsan


Masjid Selat, Melaka



Daripada Saiyidina Umar R.A. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis riwayat lmam Muslim


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Khamis, 25 April 2013

Nawaitu


Other View Putra Mosque Malaysia


Daripada Amirul Mukminin Abu Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim





~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Jumaat, 12 April 2013

Kasihan, Dikasihi dan Mengasihani


Relationship and Partnership


Daripada Abdullah bin Amr r.a, Nabi SAW bersabda,
"Orang yang bersifat kasihan, dikasihani oleh Yang maha Mengasihani. Oleh itu, kasihanilah apa yang ada di bumi, nescaya yang ada di langit akan mengasihani kamu"
Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi



Hidup tidak selamanya dikalung intan, pasti jua akan dikandung tanah.
Asal kita dari tanah, dalam tanah juga kita bersemadi.....

Semoga hidayah dan rahmat-Nya sentiasa bersama aku dan kamu.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Selasa, 18 Disember 2012

Jika kasih apa buktinya?


Mother's Sacrifice : DR Congo




31:14


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Surah Luqman : 14


Sekadar catatan tanggal 18 Disember 2012. 
Kisah perjuangan seorang isteri untuk kesinambungan keluarganya dan juga nyawanya sendiri. Walaupun ini bukan kali yang pertama, tetapi debarnya tetap ada dan berbeza tiap kalinya.

Detik-detik yang kami tunggu untuk anak kelima kami. Lahirnya zuriat itu menceritakan kasih sayang antara kami, pengorbanan seorang ibu dan kegembiraan sebuah keluarga.

Ya Allah!
Berkati dan rahmatilah isteriku,
Jadikanlah dia isteri yang solehah, yang baik, yang taat, yang mampu mendidik anak-anaku ke arah kebaikan, yang menyenangkan hati dan perasaanku.
Ya Allah!
Berkati, rahmati dan peliharakanlah kandungannya dengan selamat dan sempurna.
Permudahkanlah segala proses kelahiran nanti.

Semoga takdir qadha dan qadar-Nya memberi khabaran gembira pada 19 Disember nanti.
Itulah hari yang penting dalam hidup ini.
Hari aku dan bakal zuriatku berkongsi hari kelahiran.


Semoga kita selalu ingat pada pengorbanan ibu kita. Pada jasa pertarungan nyawanya untuk kita menjadi seperti sekarang.
Seperti aku juga yang selalu merindui pada arwah Mak........

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata: Telah datang seorang lelaki kepada baginda Nabi s.a.w lantas bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih berhak untuk aku berbuat baik dan mendampinginya. Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Bapa kamu. 
Hadith Muttafaq ‘alaih




~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~
~ Goods come from Allah, the worse from my own weakness ~



Khamis, 6 Disember 2012

Itulah yang kamu panggil hati atau kalbu





Saya baca artikel ini.

Analoginya, hati seperti paku yang dipakukan kepada sebuah dinding. Walaupun ia telah dicabut, tetapi kesan pakuannya tetap ada membekas diri. Itu termaktub kepada mana-mana manusia, selagi dia punya hati dan perasaan yang membentuk emosi.

Bermain dengan hati dan emosi, umpama bermain dengan api. Ia marak dalam keadaan kita tidak bersedia atau alpa. Hati dan emosi membentuk memori yang menjadi teladan sama ada baik atau buruk kesannya.

Sabda Rasulullah S.A.W,
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, akan baiklah seluruh jasad. Apabila ia rosak, akan rosak pula seluruh jasad. Itulah hati atau kalbu."
Riwayat Bukhari dan Muslim

Hati yang benar terlalu dekat dengan kita tetapi sering dijauhkan dari akal fikiran.
Selalulah kita bertanya pada diri, sejujurnya lihatlah jauh ke dalam hati yang suci dan dengarkanlah bisikannya. 

Hanya kita yang mengerti dan memahami siapakah diri kita sendiri.
Apakah mahu hati?
Apakah tuju diri?
Dimanakah akhirannya nanti......


. . . . . . . . . . . . . . . .
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~
~ Goods come from Allah, the worse from my own weakness ~



Ahad, 21 Oktober 2012

Sudahkan kamu melakukan kebaikan pada hari ini?


"Jika kita mahu orang lain berbuat baik dengan kita, maka kitalah patut terlebih dahulu untuk berbuat baik dengan mereka", kata-kata itu masih aku ingat sampai sekarang.

kredit imej : flickr

Dari Abu Hurairah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda : Setiap anggota tubuh manusia wajib disedekahi, setiap hari dimana matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertikai) adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkenderaan  lalu engkau bantu dia untuk naik kenderaanya atau mengangkatkan barangnya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju solat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah sedekah.

Berbuat baik, bersangka baik dan menunaikan hak bukanlah semata-semata satu tanggungjawab, ia merupakan satu kewajipan. Ia mesti sentiasa ada dalam hati, tanpa prejudis dan tidak hanya mengikut perasaan.  

Kadang-kadang tertanya juga pada hati, apa yang selalu menghalangnya?

Merenung jauh sambil merehatkan minda, dalam tenang itu kita lihat diri kita melalui mata hati.
Siapakan kita pada orang lain? Baikkah kita pasa orang lain?

Haishh! jawapannya ada pada dalam diri.

Moga hati ini dan juga hati kamu dilembutkan oleh-Nya untuk sentiasa berbuat baik.....


“If I can stop one heart from breaking,
I shall not live in vain;
If I can ease one life the aching,
Or cool one pain,
Or help one fainting robin
Unto his nest again,
I shall not live in vain.”

Emily Dickinson

.
.
.
.
.


~ Not simply to do good, but to generate good, to lead others to good. ~

.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...