| SHIMI |

Memaparkan catatan dengan label Kasih Sayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kasih Sayang. Papar semua catatan

Selasa, 26 Februari 2013

Lelaki Itu (yang kamu amat sayangi)


Hardworking Men in DR Congo




Apabila anda mengahwini dengan seorang lelaki, sukai dia sepenuh hatimu.
Selepas anda mengahwininya, belajarlah mengenali semua tentang dia.
Jika dia seorang jujur​​, ceriakan hidupnya.
Jika dia seorang yang pemurah, hargailah dia.
Apabila dia bersedih, hiburkanlah dia.
Apabila dia suka bertengkar, abaikan kata-katanya.
Jika dia berat tulang, tunjukkan keangkuhan kekuatanmu kepadanya.
Jika dia seorang yang mulia, pujilah selalu dia.
Jika dia seorang yang sulit, berilah ruang pada dia.
Jika dia berahsia, berilah kepercayaan pada dia.
Jika dia cemburu, sembuhkanlah hatinya.
Jika dia suka bermasyarakat, temaninya.
Apabila dia layak untuk menerimanya, ciumlah dia
 
Biarkan dia berfikir bagaimana kamu amat memahami dia.
Tetapi jangan pernah membiarkan dia tahu bahawa anda sedang menguruskan dia,
sebagai seorang lelaki (yang kamu amat sayangi)....


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Selasa, 18 Disember 2012

Jika kasih apa buktinya?


Mother's Sacrifice : DR Congo




31:14


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Surah Luqman : 14


Sekadar catatan tanggal 18 Disember 2012. 
Kisah perjuangan seorang isteri untuk kesinambungan keluarganya dan juga nyawanya sendiri. Walaupun ini bukan kali yang pertama, tetapi debarnya tetap ada dan berbeza tiap kalinya.

Detik-detik yang kami tunggu untuk anak kelima kami. Lahirnya zuriat itu menceritakan kasih sayang antara kami, pengorbanan seorang ibu dan kegembiraan sebuah keluarga.

Ya Allah!
Berkati dan rahmatilah isteriku,
Jadikanlah dia isteri yang solehah, yang baik, yang taat, yang mampu mendidik anak-anaku ke arah kebaikan, yang menyenangkan hati dan perasaanku.
Ya Allah!
Berkati, rahmati dan peliharakanlah kandungannya dengan selamat dan sempurna.
Permudahkanlah segala proses kelahiran nanti.

Semoga takdir qadha dan qadar-Nya memberi khabaran gembira pada 19 Disember nanti.
Itulah hari yang penting dalam hidup ini.
Hari aku dan bakal zuriatku berkongsi hari kelahiran.


Semoga kita selalu ingat pada pengorbanan ibu kita. Pada jasa pertarungan nyawanya untuk kita menjadi seperti sekarang.
Seperti aku juga yang selalu merindui pada arwah Mak........

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata: Telah datang seorang lelaki kepada baginda Nabi s.a.w lantas bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih berhak untuk aku berbuat baik dan mendampinginya. Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Bapa kamu. 
Hadith Muttafaq ‘alaih




~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~
~ Goods come from Allah, the worse from my own weakness ~



Ahad, 16 Disember 2012

Kalau tidak kerana sayang.....


Beli jeruk kampung seberang
kena gerimis di lubuk paya
Biar buruk di mata orang
cantik manis di mata saya

Hajat hati ke rumah bidan
belajar anyam tikar sembahyang
Tujuh syurga di dalam badan
di situ tempat berkasih sayang.


Kredit imej : hdwallpapers



Kalau tidak kerana sayang....

Ia bergantung kepada persepsi dan pemahaman,
jawapan persoalan itu ada pada hati kita masing-masing....

Hidup dikandung adat dan iman

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~
~ Goods come from Allah, the worse from my own weakness ~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...