Tuesday, December 18, 2012

Jika kasih apa buktinya?


Mother's Sacrifice : DR Congo




31:14


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Surah Luqman : 14


Sekadar catatan tanggal 18 Disember 2012. 
Kisah perjuangan seorang isteri untuk kesinambungan keluarganya dan juga nyawanya sendiri. Walaupun ini bukan kali yang pertama, tetapi debarnya tetap ada dan berbeza tiap kalinya.

Detik-detik yang kami tunggu untuk anak kelima kami. Lahirnya zuriat itu menceritakan kasih sayang antara kami, pengorbanan seorang ibu dan kegembiraan sebuah keluarga.

Ya Allah!
Berkati dan rahmatilah isteriku,
Jadikanlah dia isteri yang solehah, yang baik, yang taat, yang mampu mendidik anak-anaku ke arah kebaikan, yang menyenangkan hati dan perasaanku.
Ya Allah!
Berkati, rahmati dan peliharakanlah kandungannya dengan selamat dan sempurna.
Permudahkanlah segala proses kelahiran nanti.

Semoga takdir qadha dan qadar-Nya memberi khabaran gembira pada 19 Disember nanti.
Itulah hari yang penting dalam hidup ini.
Hari aku dan bakal zuriatku berkongsi hari kelahiran.


Semoga kita selalu ingat pada pengorbanan ibu kita. Pada jasa pertarungan nyawanya untuk kita menjadi seperti sekarang.
Seperti aku juga yang selalu merindui pada arwah Mak........

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata: Telah datang seorang lelaki kepada baginda Nabi s.a.w lantas bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih berhak untuk aku berbuat baik dan mendampinginya. Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda bersabda: Bapa kamu. 
Hadith Muttafaq ‘alaih




~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~
~ Goods come from Allah, the worse from my own weakness ~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...