Hari ini mungkin tidak indah bersinar seperti semalam, mendung bukan bererti malang. Rentak hidup cuma jadi perlahan tapi nyaman sebagai persiapan ketika sinar kembali memancar semula.
Hidup perlu diteruskan walaupun ianya adakalanya sukar untuk dimengertikan. Redha-Nya selalu bersama kita, jika kita sentiasa mengingati-Nya dalam setiap masa. Yakinlah dan percayalah tanpa ada sedikit rasa ragu pun bahawa DIA berkuasa atas segalanya. DIA-lah yang mampu menukar yang baik menjadi buruk dan yang buruk menjadi baik dalam hanya sekelip mata.
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Surah Al-Insyirah : 5-6
Angan-angan adakalanya melenyapkan realiti memilih jalan kehidupan. Harapan palsu tanpa apa-apa usaha seperti berpaut pada dahanan yang rapuh. Carilah jalan keluar bermula dari bawah atau akarnya, nescaya rahmat hidayah Ilahi itu menyuluh diri ke arah jalan yang benar. Usahalah sehabis mungkin dari dalam diri dengan senjata doa yang jadi peneman, pendorong mencari redha DIA.
“Ya Allah, sampai saat ini aku masih belum menemui penyelesaian untuk masalah yang aku tanggung ini. Aku memohon dengan penuh harapan kepada-Mu supaya memberikan aku jalan yang terbaik. Tunjukkanlah aku jalan kebenaran, tunjukkanlah aku jalan kebaikan, tunjukkanlah aku jalan dan pilihan yang terbaik”
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~
Bunga Rampai · 631 weeks ago
Begitulah rencamnya kehidupan ini.
Lalui kehidupan dengan tabah dan sabar kerana DIA tidak menguji diluar kemampuan hambaNya.
In syaa Allah di hujung sabar yang ditunjukkan itu ada kurniaNya untuk dinikmati.
msaidmahat 21p · 630 weeks ago
My recent post 280 D.U.M.R - Hidup perlu sentiasa lebih baik dan positif