| SHIMI |

Memaparkan catatan dengan label Luah Rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luah Rasa. Papar semua catatan

Khamis, 2 Oktober 2014

Transformasi





Terlalu lama aku tinggalkan ruang ini
Dalam satu sebab yang aku sendiri tidak mengerti dan ketahuinya
Jauhnya kembara dalam tempoh itu
Banyak pengisian jiwa dan juga banyak juga yang telah ditinggalkan
Ku tinggalkan ia sebagai penanda jalan bahawa aku pernah disitu...

Kini tidak lagi





Hidup tidak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan


Hidup juga perlu terus ke hadapan.....



SHIMI
~ Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan ~
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Jumaat, 22 Mac 2013

Di daerah yang tenang itu, hidup memilih kematian


View From Mt Mat Chinchang Langkawi


Menikmati yang sesuatu aku jarang nikmatinya dulu,
Rasa jasmani dan rohani yang tenang dan lapang
Walaupun tidak lagi dengan berlari pantas mengecapi dunia seperti dahulu
Hanya merangkak mencari cinta dari Maha Pencipta

Sibuk yang dahulu yang adakalanya tanpa haluan
Walaupun menjalankan satu tugas fardhu dan suci
Tetapi jiwa itu tidak seiring

Di sebuah persimpangan, kita pasti memilih untuk meneruskan perjalanan
Walaupun kita tahu apa yang ada di penghujung persimpangan pilihan itu.
Buruk atau baik!
Itulah pilihannya.

Jika kita masih punya masa untuk memilih
Fikirkanlah sesuatu yang terbaik
Imbangan antara keperluan jasmani dan rohani
Antara hati dan akal
Antara dunia dan akhiratmu
Antara yang kekal atau bersifat sementara
Antara nafsi-nafsi atau mujahadah


Aku tidak mahu rasa keseorangan lagi
Aku tidak mahu rasa kesunyian lagi
Aku sudah rasa cukup tenang dan bahagia begini


Aku telah memilih...
Cuma kekalahan dalam hidup bukan lagi jadi satu pilihan

Menang dalam mengejar kehidupan,
tidak bermakna kamu juga menang apabila dikejar kematian...


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Khamis, 14 Mac 2013

280 D.U.M.R - Hidup perlu sentiasa lebih baik dan positif


Di Alam Tropika

Adakalanya kita tidak tahu apa langkah seterusnya dan bagaimana memilih jalan yang terbaik untuk kehidupan. Bukan buntu dan putus asa, cuma ia menjadi kosong. Tiada siapa yang memilih untuk gagal dan kecewa, walaupun adakalanya kegagalan untuk membuka jalan kepada lorongan kebaikan.

Hari ini mungkin tidak indah bersinar seperti semalam, mendung bukan bererti malang. Rentak hidup cuma jadi perlahan tapi nyaman sebagai persiapan ketika sinar kembali memancar semula.

Hidup perlu diteruskan walaupun ianya adakalanya sukar untuk dimengertikan. Redha-Nya selalu bersama kita, jika kita sentiasa mengingati-Nya dalam setiap masa. Yakinlah dan percayalah tanpa ada sedikit rasa ragu pun bahawa DIA berkuasa atas segalanya. DIA-lah yang mampu menukar yang baik menjadi buruk dan yang buruk menjadi baik dalam hanya sekelip mata.

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Surah Al-Insyirah : 5-6

Angan-angan adakalanya melenyapkan realiti memilih jalan kehidupan. Harapan palsu tanpa apa-apa usaha seperti berpaut pada dahanan yang rapuh. Carilah jalan keluar bermula dari bawah atau akarnya, nescaya rahmat hidayah Ilahi itu menyuluh diri ke arah jalan yang benar. Usahalah sehabis mungkin dari dalam diri dengan senjata doa yang jadi peneman, pendorong mencari redha DIA.


“Ya Allah, sampai saat ini aku masih belum menemui penyelesaian untuk masalah yang aku tanggung ini. Aku memohon dengan penuh harapan kepada-Mu supaya memberikan aku jalan yang terbaik. Tunjukkanlah aku jalan kebenaran, tunjukkanlah aku jalan kebaikan, tunjukkanlah aku jalan dan pilihan yang terbaik”

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, tiap masalah ada penyelesaiannya, tiap yang dirancang pasti ada keputusannya.

Positif perlu sentiasa ada dalam diri, yakinlah pada kuasa-Nya dan semoga mata hati diberi upaya untuk dapat melihat lorongan cahaya rahmat-Nya....


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Selasa, 22 Januari 2013

Nostalgik : ada cerita dalam hati kamu yang bisu


Panoramic



Usai peperiksaan yang mendebarkan semalam. Dalam kekalutan membahagi masa. Syukur pada Maha Pencipta, segalanya berjalan dengan baik.

Getar semangat itu kembali semarak dalam jiwa, bila melihat slip keputusan. Sekali lagi syukur harus dipanjatkan kepada-Nya. Dia memudahkan segalanya yang dalam kepayahan pada asalnya.

Pulang, aku disambut dengan senyuman dan ciuman sebaik sampul itu bertukar tangan.
Pembakar semangat bagi permulaan dari perjalanan yang masih jauh.
Benarlah, nikmat Tuhan itu ada pada hati yang tenang dalam redha-Nya.


Haruslah kita berjuang untuk kebaikan kita dan orang yang kita kasihi.
Pada nama mereka ada bayangan kita di sebaliknya, kelak pasti disebut.
Berikanlah apa yang terbaik dari kita.... segala-galanya.


Masih bernostalgia,
Dalam beberapa ketika, terdetik dalam jiwa ini.
Adakah aku adil dengan orang lain.....
(dalam hati ini selalunya menidakkan keadilan sendiri)

Bersuara,.. adakalanya kita tidak perlu bersuara
Tidak perlu seberani KS Bawani dan Sharifah Zohra

Keberanian adalah apabila anda takut untuk menghadapi kematian...

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...