| SHIMI |

Memaparkan catatan dengan label Memilih Kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Memilih Kehidupan. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Mac 2013

Di daerah yang tenang itu, hidup memilih kematian


View From Mt Mat Chinchang Langkawi


Menikmati yang sesuatu aku jarang nikmatinya dulu,
Rasa jasmani dan rohani yang tenang dan lapang
Walaupun tidak lagi dengan berlari pantas mengecapi dunia seperti dahulu
Hanya merangkak mencari cinta dari Maha Pencipta

Sibuk yang dahulu yang adakalanya tanpa haluan
Walaupun menjalankan satu tugas fardhu dan suci
Tetapi jiwa itu tidak seiring

Di sebuah persimpangan, kita pasti memilih untuk meneruskan perjalanan
Walaupun kita tahu apa yang ada di penghujung persimpangan pilihan itu.
Buruk atau baik!
Itulah pilihannya.

Jika kita masih punya masa untuk memilih
Fikirkanlah sesuatu yang terbaik
Imbangan antara keperluan jasmani dan rohani
Antara hati dan akal
Antara dunia dan akhiratmu
Antara yang kekal atau bersifat sementara
Antara nafsi-nafsi atau mujahadah


Aku tidak mahu rasa keseorangan lagi
Aku tidak mahu rasa kesunyian lagi
Aku sudah rasa cukup tenang dan bahagia begini


Aku telah memilih...
Cuma kekalahan dalam hidup bukan lagi jadi satu pilihan

Menang dalam mengejar kehidupan,
tidak bermakna kamu juga menang apabila dikejar kematian...


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Khamis, 14 Mac 2013

280 D.U.M.R - Hidup perlu sentiasa lebih baik dan positif


Di Alam Tropika

Adakalanya kita tidak tahu apa langkah seterusnya dan bagaimana memilih jalan yang terbaik untuk kehidupan. Bukan buntu dan putus asa, cuma ia menjadi kosong. Tiada siapa yang memilih untuk gagal dan kecewa, walaupun adakalanya kegagalan untuk membuka jalan kepada lorongan kebaikan.

Hari ini mungkin tidak indah bersinar seperti semalam, mendung bukan bererti malang. Rentak hidup cuma jadi perlahan tapi nyaman sebagai persiapan ketika sinar kembali memancar semula.

Hidup perlu diteruskan walaupun ianya adakalanya sukar untuk dimengertikan. Redha-Nya selalu bersama kita, jika kita sentiasa mengingati-Nya dalam setiap masa. Yakinlah dan percayalah tanpa ada sedikit rasa ragu pun bahawa DIA berkuasa atas segalanya. DIA-lah yang mampu menukar yang baik menjadi buruk dan yang buruk menjadi baik dalam hanya sekelip mata.

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Surah Al-Insyirah : 5-6

Angan-angan adakalanya melenyapkan realiti memilih jalan kehidupan. Harapan palsu tanpa apa-apa usaha seperti berpaut pada dahanan yang rapuh. Carilah jalan keluar bermula dari bawah atau akarnya, nescaya rahmat hidayah Ilahi itu menyuluh diri ke arah jalan yang benar. Usahalah sehabis mungkin dari dalam diri dengan senjata doa yang jadi peneman, pendorong mencari redha DIA.


“Ya Allah, sampai saat ini aku masih belum menemui penyelesaian untuk masalah yang aku tanggung ini. Aku memohon dengan penuh harapan kepada-Mu supaya memberikan aku jalan yang terbaik. Tunjukkanlah aku jalan kebenaran, tunjukkanlah aku jalan kebaikan, tunjukkanlah aku jalan dan pilihan yang terbaik”

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, tiap masalah ada penyelesaiannya, tiap yang dirancang pasti ada keputusannya.

Positif perlu sentiasa ada dalam diri, yakinlah pada kuasa-Nya dan semoga mata hati diberi upaya untuk dapat melihat lorongan cahaya rahmat-Nya....


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~

Khamis, 13 Disember 2012

Vice Versa : bilakalanya yang buruk itu jadi baik




Adakalanya kita tidak sedar yang ada masanya kita mendatangkan keburukan kepada orang lain, yang selalu-selalu kita ingati  dan banggakan adalah kebaikan dan manfaat diri kita yang sedikit kepada insan lain. Tidak semua yang tidak selari dengan logik akal dan kemahuan hati itu buruk selamanya kepada kita. Sesetengah keburukan itu mungkin hanya bersifat sementara, yang tidak kena pada garis masanya untuk memberi kebaikan pada kita.

Baik dimata manusia, tetapi hina di mata Sang Pencipta.

Hidup kita tidak pernah sempurna dan selalu leka, tetapi itu tidak bererti sebagai alasan untuk kita sentiasa menjadi alpa dalam menyempurnakan syariat kehidupan oleh-Nya.

Ya Allah!, 
Aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang

Ia kedengaran klise. Hidup umpama putaran roda. Ada masa di atas, ada masa di bawah. Ada masa susah dan ada masa senangnya.

Semoga sama ada kita di atas, di bawah, susah atau senang,
kita tetap menjadi hamba yang gembira dan mengembirakan orang lain,
hamba yang bermanfaat dan memberi manfaat kepada orang lain.

Segalanya ada dalam hati dan pilihan kita....


. . . . . . . . . . . . . . . .
SHIMI
~ Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri ~
~ Goods come from Allah, the worse from my own weakness ~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...