kosong, sunyi
Ubah
Banyak telah berubah
Tapi aku tetap pendosa
Meratib taubat pada Pemilik Nyawa
Ya Allah
Tolonglah aku agar selalu
Berzikir, bersyukur padaMu dan memperbaguskan ibadahku
Home » All posts
Barangsiapa yang tahu jauhnya perjalanan maka ia akan bersiap sedia
Man 'arafa buida as-safari ista' adda
Alon alon asal kelakon
Perlahan-perlahan asal sampai tujuannya
#setelahsetahun
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.Surah Ali Imran : 185
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”Surah Al-Baqarah : 156
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).Surah Al-Ankabut : 64
Aku tinggalkan tempat tidurku pada satu hari, kemudian aku terserkap membisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain. Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi pada malam tersebut .Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba..Petikan Syair Arab
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.Al-Baqarah : 183
Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.
Surah At-Taubah : 82
Sesekali Allah uji kita, tapi kita berkata 'aku tidak pernah bahagia'.Sesekali kita menangis, tapi kita berkata 'aku tidak pernah ketawa'.Sesekali kita kecewa, tapi kita berkata 'aku tidak pernah berjaya'.
Life doesn't give you the people you want, it gives you the people you need; to love you, to hate you, to make you, to break you and to make you the person you were meant to be...
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.Surah At-Talaq : 3
When life gives you a hundred reasons to cry,
show life that you have a thousand reasons to smile
Daripada Amirul Mukminin Abu Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Daripada Abdullah bin Amr r.a, Nabi SAW bersabda,
"Orang yang bersifat kasihan, dikasihani oleh Yang maha Mengasihani. Oleh itu, kasihanilah apa yang ada di bumi, nescaya yang ada di langit akan mengasihani kamu"
Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi